BONDING TIME!

Cable car terbaru di Genting Highland

Assalamualaikum semua...
Kak Iz secara peribadi dah naik cable car ni hampir 4 kali,2 kali di Langkawi,2 kali di Genting Highland.

Asalnya pada cuti sekolah yang lepas,teringin sangat nak pergi ke Genting Highland Premium Outlet.Dah dekatkan,on the way nak balik ke kampung,tu yang lagi kuat alasan nak singgah.

Bila sampai,just window shopping je.
Masuk kedai,keluar kedai,tak beli pun,belah je.Hehehe.

Tetiba anak dara Kak Iz yang sorang tu,beriya mengajak naik cable car.
Kali terakhir naik cable car kat Genting ni, 2014,masa tu anak yang bongsu,Uwais dalam kandungan lagi.

Tapi lepas tu pergi Langkawi,Uwais dah dilahirkan,naik pulak cable car kat Langkawi.
Yang di Genting ni,laluan yang baru.
So big boss pun setuju.

Bayaran???
tengok jadual kat bawah.

TICKET TYPEONE-WAY (RM)
 Gondola Biasa
NORMAL8
EXPRESS BOARDING PASS40
CHARTERED GONDOLA300
 Gondola Belantaikan Kaca
NORMAL50
CHARTERED GONDOLA500
Muka ceria Kakak Aimi.

Muka cuak Abang Faris

Yang paling berdebor Abang Faris.Gayat katanya.Gelak Kakak Aimi.
Perjalanan ambil masa 10 minit.

Uwais pun steady je.

Abang Imadi pun macam xde perasaan.

Sampai kat puncak,actually bagi Kak Iz sekeluarga,tak de lah apa2 sangat.
Ade tempat permainan untuk kanak-kanak,tapi tak pergi pun sebab nak cepat,kejar masa nak balik kampung.

Tapi kitaorang just ambik gambar je.






Alhamdulillah.Dapat juga luangkan masa yang berkualiti dengan keluarga tercinta.




Nak dapatkan supplement shaklee???
Izwati
013 530 4142
Sid 1173799
Cod Kemaman Terengganu
Fb Noor Izwati





No comments